DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Rabu, 16 September 2015

Assalamualaikum

Fuhh lama juga tak update blog AN ni. Sibuk promosi kat instagram Taukeh Vitamin je. Korang rindu eh? Nak bagitau, bulan ni sebenarnya ada promosi ESP Energizing Soy Protein harga tengah murah tau. Promosi beli 6 percuma 1 dan kalau beli 2 tong dapat diskaun 5%.


Apa dia ESP ni? AN bagitau kat korang ye ESP ni ialah suplemen berasaskan soya NON GMO yang kaya dengan protein. Satu tong ESP dihasilkan daripada 30kg soya yang diproses secara semulajadi dan setiap hidangan ESP yang korang minum berikan 14gm protein kepada tubuh kita. Kalau korang nak tau Shaklee adalah syarikat pertama yang buat suplemen daripada kacang soya pada tahun1961. Alhamdulillah dah 54 tahun ESP ni bagi manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan kat pengamalnya.

Kalau nak anak putih dan cantik minum soya?

Selalu kan dengar orang tua kita kata macam tu, terutama time tengah mengandung. Kita pun apa lagi minumlah soya sebab memang nak dapatkan anak yang comel dan cantik. Tapi jangan korang main bedal je minum soya, bukan semua soya tu baik untuk kesihatan kita. Lebih-lebih lagi soya yang beli kat pasar malam. Tapi kebanyakan soya yang korang minum AN rasa memang jenis yang tak sihat sebab ia telah diubah genetiknya. Korang boleh tengok apa kata Cikgu ni mengenai Soya Yang Tak Bagus untuk kesihatan kita.

Soya GMO dan NON GMO?

Ni dia perbezaan sebenar soya mana yang baik dan soya mana yang tak baik untuk kesihatan kita. Soya GMO singkatan kepada Genetically Modified Organism bermaksud organisma (baik haiwan atau tumbuhan) yang telah diubah kandungan genetiknya oleh manusia.Dan kalau korang nak tau hampir semua jenis makanan dan minuman yang kita makan tu semuanya jenis GMO. Yang orang ingat soya je kan kenapa semua makanan dan minuman macam tu pulak?

Sebabnya adalah bagi tak nak berlaku krisis kekurangan makanan maka, pakar-pakar industri pemakanan terpaksa mengubah suai genetik haiwan/tumbuhan supaya cepat masak, cepat tumbuh, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan bermacam-macam lagi yang sebab untuk pastikan takdenya berlaku krisis makanan. Soya juga tidak terkecuali hampir 96% soya di pasaran dunia adalah soya jenis GMO

Tapi ESP Shaklee adalah soya NON GMO tau yang membawa maksud Non-Genetically Modified Organism iaitu dimana kandungan gentiknya soyanya tidak diubah oleh manusia.

Ramainya Wanita Yang Suka & Jatuh Cinta Dengan ESP, Kenapa Pulak Tue?

Huhu ofkos la suka sebab banyak sangat khasiatnya untuk kesihatan dan paling best sebab dapat kulit yang cantik lepas minum ESP ni. Kalau konsisten minum dan teruskan memang bertambah-tambah cantik la jawabnya. Tu sebab orang pompuan yang dah minum ESP ni tak sanggup nak berpisah lagi bila dah sekali mencuba ESP. Stok ESP memang sentiasa ada kat rumah. Kalau takde stok memang tak tentu arah dibuatnya. hehehe.


Memang banyak sangat manfaat ESP Shaklee ni untuk kulit korang sebab kulit perlukan protein untuk lebih sihat dan cantik kerana kulit itu sendiri asalnya dari protein juga.Protein yang baik dari ESP ni buat kulit koranga jadi putih, gebu, hilangkan parut, elakkan jerawat, kulit lebih halus dan licin. Manfaat lain pulak bagi yang tengah berdiet korang minum je ESP ni, insyaAllah ia buat korang kenyang lebih lama.


Semua peringkat umur dan golongan boleh minum ESP ni. Wanita dan lelaki, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, orang tua, pesakit jantung dan kolesterol tinggi, obesiti, orang berpuasa dan banyak lagi.


Jom lihat sedikit testimoni yang minum ESP ni pulak.











Ok harga setong ESP (850gm, RM155) boleh beli secara online KLIK SINI! 
Atau boleh terus wassap AN 012-9760024 untuk dapatkan ESP ni. Sekali lagi diangatkan kalau korang nak beli lagi murah boleh pakat dengan kawan beli dengan harga promosi Beli 6 Percuma 1 ni atau beli 2 diskaun 5%. Sekian.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Isnin, 24 Ogos 2015

Assalamualaikum

Pernah kena sembelit tak? Fuhh memang seksa bila kena sembelit, duduk dalam jamban berejam. Teran-teran tak keluar juga sampai terpaksa korek sendiri. Kalau kena kat kita yang dah dewasa ni boleh tahan lagi. Tapi macammana pulak dengan anak?



Ada anak kita sampai jadi trauma tak nak makan sebab takut bila nak berak. Nangis-nangis anak kat dalam bilik air sampai ayah terpaksa sarung tangan dengan plastik nak seluk najis. Kesian kat anak. Badan pun makin kurus sebab tak makan.

Ibu lagi risau. Dah macam-macam ikhitiar ibu buat. Bagi makan pisang, buat bubur nasi dan bagi makanan yang senang hadam. Tapi masalah sembelit anak tak juga hilang. Tapi selepas doktor sarankan ambil suplemen. Alhamdulillah sembelit anak dah xde.Sekarang anak makin sihat badan pun dah naik semula.

Jom tengok video perkongsian dari ibu ni anak dia memang teruk sangat sembelit dia. Penting tau kena tengok.




Jadi dah tau kan suplemen apa yang bagus untuk anak kita yang ada masalah sembelit tu. Mealshakes (544g, RM113.75) jawapannya. Pilihan terbaik untuk mengatasi masalah sembelit. Bukan untuk anak je orang tua kalau sembelit pun boleh jugak :)

Mealshakes ni formulasi istimewa untuk kanak-kanak. Ia adalah multivitamin yang sangat berkhasiat tau. Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk anak-anak kita membesar dengan kuat, sihat dan bijak.

Selain dapat mengatasi masalah sembelit. InsyaAllah jika anak terus konsisten minum akan menguatkan sistem imun anak anda. Anda sendiri boleh melihat perubahannya bila anak jarang kena demam dan selesema.

Nak tengok testimoni kat bawah ni ye.










Ok untuk anda yang nak cepat hilangkan sembelit anak tu. Segeralah hubungi Ayah Najmi di +6012-9760024 boleh terus kol atau wassap.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Jumaat, 21 Ogos 2015

Assalamualaikum

Panjang sungguh tajuk entry kali ni.Jangan risau, tajuk je panjang tapi ceritanya sedikit je. Ayah Najmi nak bagi point penting. Bantu anda setelkan pelbagai masalah kulit yang menjadi igauan ngeri selama ni. Semua wanita idamkan wajah yang cantik, putih, gebu, licin dan ajal. Bebas dari jerawat, parut jerawat yang hodoh, pigmentasi, whitehead, blackhead dan sebagainya. Betul tak?


Jadi bagaimana Ayah Najmi boleh bantu anda untuk dapatkan wajah yang cantik? kawan saya Nor Farizan dalam video di bawah ini akan beritahu caranya. Penting kalau nak tahu rahsianya.



Kesian kan 7 tahun menderita masalah kulit kini setelah berjumpa dengan Set Cantik Vitamin dan Set Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee, Alhamdulillah kini masalah sudah selesai.

Apa yang Nor Farizan ni makan adalah Vitamin C (180biji, RM92.50), Vitamin E (120biji, RM149), GLA Complex (60biji, RM91.25) dan Collagen Powder (15sachet, RM298) serta Set Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee. Harga untuk produk ni taklah mahal nak dibandingkan dengan kos treatment di luar sana. Lagipun produk Shaklee tahan lama, macam Vitamin C guna untuk 6 bulan, Vitamin E untuk 4 bulan. Memang JIMAT! Dan anda kena tahu sebab apa anda memang wajib pilih Shaklee. Baca kat bawah ye.

4 Sebab Kenapa Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Shaklee?


1. Semulajadi 
  • Produk Shaklee dihasilkan daripada bahan semulajadi. Takde bahan kimia bahaya, takde toksid, takde paraben, takde pewarna perisa pemanis tiruan, tak uji kat haiwan, pendek kata semuanya adalah melalui proses semulajadi.

2. Berkesan

  • Shaklee belanja USD250 juta untuk ujian-ujian, kajian dan R&D.
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan.
  • Shaklee ada 60 orang Saintis
  • 50 patents

3. Selamat

  • Shaklee menjalani 80 ribu kali ujian kualiti setiap produk setiap tahun.
  • Keaslian yang dijamin, 350 kali ujian pencemaran dilakukan terhadap setiap bahan botani.

4. Landmark Study (rujuk di www.landmarkstudy.com )

  • Suatu kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga iaitu top saintis di UC Berkeley, Dr. Gladys Block di mana kajian dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang. Kalau anda nak tahu takde banyak syarikat yang berani untuk membenarkan pihak ketiga membuat kajian ke atas produk mereka. Sebab ia akan memberi impak kepada syarikat jika hasil daripada kajian menunjukkan produk mereka tak berkesan. Sangat berbeza dengan Shaklee yang yakin. 
  • Landmark Study dibuat kepada 3 kumpulan sasar. Pertama orang yang makan Shaklee lebih daripada 20 tahun. Kedua, orang yang makan suplemen jenama lain. Dan ketiga, orang yang tak makan apa-apa suplemen.
  • Hasil dari kajian yang dibuat, ternyata orang yang makan Shaklee secara konsisten setiap tahun, kesihatan mereka lebih baik dan risiko mendapat penyakit adalah kurang berbanding daripada 2 kumpulan sasar yang lain.


Ok rasanya macam dah panjang sangat menulis. Jadi untuk anda yang nakkan perubahan yang lebih baik, kulit wajah yang cantik semulajadi. Jangan tunggu lagi pilihan yang tepat kini di tangan anda. Hubungi Ayah Najmi di +60129760024 untuk terus order. Ayah Najmi akan bimbing cara makan yang betul dan berikan servis yang terbaik. InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024


Rabu, 19 Ogos 2015

Assalamualaikum

JUST DO IT! bila sebut je ayat ni pasti teringat brand Nike yang popular tu. Dulu Ayah Najmi suka pakai cap nike hehe tapi dah tak pakai sebab kalau pakai cap mesti sakit kepala. JUST DO IT! ayat ni memang biasa orang sebut untuk bagi semangat kat orang untuk buat sesuatu. Kalau benda betul dan mendatangkan baik ye anda boleh just do it. Masalahnya kalau benda tu kita tak tau apa lagi keputusannya macammana pulak? Takkan nak main redah je betul tak?



Jadi jom tengok apa kata Akacan (akak cantik) dalam video ni. Penting untuk tahu.




Alhamdulillah dapat tak input dari video ni? Ayah Najmi memang setuju dengan Akacan. Sebelum anda nak melakukan sesuatu perkara yang besar dalam hidup seperti cari jodoh, pekerjaan, buat bisness dan projek besar anda yang lain tu. Yang pertama sebagai orang Islam kita perlu buat solat istikharah terlebih dahulu. Kalau tak tau macammana nak buat solat sunat istikharah ni boleh google atau cuba rujuk kat buku yasin. Biasa memang ada panduan dalam buku yassin tu.

InsyaAllah lepas anda buat beberapa kali solat istikharah tu dan berdoa, pasti Allah menunjukkan jalan yang betul dengan menggerakkan hati kita membuat pilihan yang tepat.

Kemudian bila dah dapat keputusan yang betul baru kita lakukanlah dan JUST DO IT! tak perlu pikir perkara macam-macam yang boleh menggagalkan diri kita. Apa jua halangan kita kena tempuh dengan sabar. Doa jangan putus moga Allah permudahkan urusan kita.

Ok. Ayah Najmi doakan yang terbaik untuk anda semua.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Selasa, 18 Ogos 2015

Assalamualaikum

Kes demam denggi sekarang ni semakin meningkat. Sana-sini terdengar pasal denggi. Kat rumah saya di Wangsa Maju hari tu lebih 5 kali seminggu kena fogging. Itupun kalau ada kes baru dorang nak datang fogging. Tapi sebenarnya kita kena sama-sama ambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran di perumahan yang kita tinggal.

Cukup merisaukan. Terutama waktu aktif nyamuk Aedes ni datang menyerang. Kalau ada nyamuk yang terbang memang Ayah Najmi nak tampar sampai mati. Geram sangat. Terkini menurut Kementerian Kesihatan, demam denggi boleh merosakkan otak dan hati manusia. Hingga boleh menyebabkan kematian yang cepat. Takut betul kan? Moga dijauhkan dan dilindungi Allah kita semua.


Jom kita ambil tahu dan ambil peduli serba sedikit tentang denggi ini supaya kita dapat mengatasinya.

Sebelum tu mari kita tengok Puan Sarah, seorang pakar pemakanan beritahu apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang terkena demam denggi. Sangat penting untuk kita tahu.

 

 Apakah itu demam denggi?

  • Sejenis penyakit akibat daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.

Bagimana demam denggi berlaku?

  • Seseorang itu akan terkena denggi apabila digigit oleh seekor nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti membawa virus denggi. Sebaik saja seseorang itu digigit, virus denggi akan mula memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya.

Jenis-jenis demam denggi dan tanda-tanda:

  • Demam denggi klasik
  1. Demam biasa yang bermula tanpa batuk dan selesema.
  2. Demam panas yang mengejut dan berterusan.
  3. Bintik-bintik merah pada kulit.
  4. Seseorang akan mengalami sakit yang teruk pada otot-otot, tulang, sendi-sendi, biji mata dan kepala.
  5. Badan jadi lemah dan hilang selera makan.
  6. Tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian namun, pesakit perlu dijaga supaya tidak berubah menjadi demam denggi berdarah.
  • Demam denggi berdarah
  1. 4 tanda utama yang dikenal pasti iaitu berlakunya pendarahan, demam panas, hati membengkak dan kegagalan sistem peredaran darah berfungsi.
  2. Perlu rawatan segera.
  3. Seseorang akan mengalami gejala muntah-muntah, sakit kepala dan sakit perut.
  4. Pesakit semakin parah apabila tanda seperti bibir lebam kebiruan, kulit lembap dan dingin serta denyutan nadi yang cepat menunjukkan kegagalan sistem peredaran darah.
  5. Kanak-kanak (2-14 tahun) selalu dihidapi oleh demam denggi berdarah ini.
  6. Jika suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak.

Tips mencegah demam denggi:

  • Pasang ubat nyamuk fumakilla saya suka bau dia tak kuat atau alat penghapus nyamuk yang lain.
  • Pakai baju lengan panjang
  • Pasang kelambu jika ada
  • Periksa tempat takungan air secara berkala dan bersihkan dalam dan luar rumah anda.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang dijangkiti demam denggi?

Selalunya jika terkena denggi memang tiada ubat atau rawatan yang khusus. Jika ditahan hospital, mereka akan monitor suhu anda, beri paracetamol dan air. Jadi apa yang harus kita buat untuk membantu mengawal dan mempercepatkan proses penyembuhan denggi?

1. Lebihkan pengambilan cecair 
  • kerana masa kena denggi banyak cecair hilang dalam badan dan perlu berehat
2. Tingkatan pengambilan Vitamin C
  • sebab ia dapat meningkatkan semula sistem imunisasi badan dan dalam waktu yang sama ia memberi tenaga kepada interferon kita
3. Tingkatkan dan kukuhkan antibodi sendiri

4. Selepas sembuh dari denggi, kita sangat perlu kepada protein untuk membantu menyihatkan diri sendiri semula.


Pilihan makanan yang boleh diberikan:

Sememangnya bila terkena denggi selera makan kita hilang. Jadi antara makanan yang sangat digalakkan ialah seperti:
  • Makan bubur nasi yang mengandungi sedikit sayur seperti lobak (terkandung serat) dan protein yang mudah dihadam (ikan). Elakkan pengambilan daging.
  • Jus buah-buahan selain ia berbentuk cecair jus juga mengandungi serat.
  • Elakkan dari memakan makanan yang berlemak, berminyak, pedas dan masin.

Rawatan secara tradisional

  1. Jus daun betik - pilih daun betik yang matang tumbuk dan perah untuk dapatkan jusnya minum satu sudu kecil.
  2. Sup ketam - beli ketam dan rebus, makan dan hirup sebanyak mungkin kuahnya.
  3. Jus buah jambu - khasiat yang tinggi dalam jus jambu dapat melawan radikal bebas dalam badan kita. Kisar dan minum jusnya.
  4. Jus buah kiwi dan jus daun pegaga - kisar dan minum jusnya.
  5. Buah tembikai merah - bagus dimakan begitu saja atau boleh dibuat jus. Ambil dalam kuantiti yang banyak supaya dapat menggantikan air yang hilang dalam badan.

Supplement yang perlu diambil:

1. Nutriferon  (30 sachet X 1.2g, RM181.25) - Perlu untu meningkatkan antibodi melalui pengaktifan interferon.

2. Performance Drink "PD"  (539gm , RM82.50) - Pengambilan PD sangat penting dan WAJIB bagi menggatikan 100 PLUS. Ini kerana kandungan gula dalam 100 PLUS adalah tinggi. Tambahan bukan natural dan mengandungi gas karbon dioksida.
  • PD sediakan elektrolit, sodium, magnesium, kalsium, kalium dan sebagainya yang dapat membantu anda mengekalkan bendalir dan keseimbangan dalam badan.
  • Dapat memberi tenaga kepada anda secara on the spot dan selepas untuk beberapa jam sebab dalam PD terkandung karbohidrat ringkas (tenaga segera) dan karbohidrat kompleks (tenaga selepas untuk beberapa jam).
  • Selain itu, PD juga dapat membantu pergerakan sendi dan otot anda ke tahap lebih baik daripada berlakunya kekejangan. (sebab pesakit terkena denggi biasanya akan mengalami kekejangan dan sakit pada sendi otot)
3. Banyakkan pengambilan Vitamin C (180 biji, RM92.50) - Ia mudahkan penyerapan iron dalam sel darah merah serta dapat membantu meningkatkan platelet darah merah. Selai itu ia dapat menghalang virus denggi daripada merebak.

4. (Setelah sembuh dari denggi) sangat disyorkan mengambil ESP (850gm, RM150) seperti yang diberitahu oleh Puan Sarah dalam video yang anda tengok tadi. ESP ada 9 asid amino yang dapat memberikan tenaga kepada badan anda secukupnya. Ia juga dapat membentuk sel-sel baru yang lebih baik dalam tubuh. ESP ni antara bestsseller sebab banyak manfaatnya.

 Kepada yang masih dalam keadaan sihat walafiat, Alhamdulillah. Terus tingkatkan taraf kesihatan anda. Jangan risau jika antibodi anda kuat walau digigit nyamuk Aedes yang bawa virus denggi, anda takkan mudah menghidap demam denggi.

Kepada anda yang menghidap denggi,dah tiba saatnya anda hubungi nombor ni 012-9760024 Ayah Najmi jangan biar dan tunggu sampai melarat ye! Ayah Najmi akan bimbing anda cara makan yang betul untuk memastikan kesihatan anda dapat kembali ke tahap normal semula. InsyaAllah bertambah cergas selepas ni.

Penghantaran terus set ini ke rumah anda dari Ayah Najmi jika berada dekat dengan rumah Ayah Najmi. Jika jauh Ayah Najmi akan meminta pihak abang Pos Laju segera hantar set ini kepada anda.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Rabu, 12 Ogos 2015

Assalamualaikum

"Abang lepas ni tolong cucikan pinggan mangkuk ye! sayang alergikla kulit mengelupas nanti pedih tangan ni." pinta isteri kepada suami yang tengah syok membina kedai online menggunakan SoftwareDesignext yang baru dibeli semalam.

Kerana sayang pada isteri yang sememangnya suri rumah sepenuh masa, terus suami pergi ke dapur mencuci pinggan dengan pantas. Jeng..jeng..jeng! "Abang ni cuci pinggan tak bersihla!" hehehe biasala orang laki kalau buat kerja, asal siap je kan? Tapi tak semua suami macam tu ye :) hehehe.


Alhamdulillah sejak kenal Hand Dish Wash ni masalah tangan isteri yang alergik tu dah takde lagi sebab pencuci pinggan ni takde chemical atau bahan kimia yang bahaya dan tanpa klorin. Kulit tangan pun semakin lembut. Dan para suri rumah mesti suka dengan baunya yang fresh serta wangi diekstrak dari kombinasi jagung dan kelapa. Selamat dan semulajadi tau!


Kesan karat pada kuali dan kerak semua boleh tanggal. Untuk anda yang nak cuci botol dan puting susu anak pun sesuai. Rendamkan selama setengah jam puting dan botol susu yang kuning-kuning tu boleh jadi macam baru semula.



Hanya dengan beberapa titis Hand Dish Wash ni dah boleh cuci satu singki pinggan mangkuk anda. Untuk anda yang merupakan pengusaha kedai makan, restoran, katering dan seangkatan dengannya sangat disyorkan menggunakan pencuci ini kerana ia sangat menjimatkan sebotol boleh tahan lebih daripada 2 bulan penggunaannya. Jika anda tak percaya cuba tengok akak comel dalam video di bawah ni.



Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.

Berapa harganya bro? Harganya RM28 sahaja sebotol mengandungi 473ml. Nak cuba tak?

Boleh beli secara online KLIK SINI! atau hubungi saya 012-9760024.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024


Isnin, 10 Ogos 2015

Assalamualaikum

Ramai orang tak percaya dalam masa 3 minit website untuk jualan produk boleh siap dibina. Biar betul, sedangkan upah designer pun ambik masa juga nak buat.




Ternyata memang boleh sebenarnya dengan Software Designext yang baru dilancarkan hari Rabu minggu lepas. Sofware ni sepenuhnya dicipta oleh Tuan Wazeen Azizan seorang Internet Marketer yang memang pakar dalam membantu usahawan meningkatkan jualan di internet.

Apa yang mengejutkan dalam masa 3 hari pelancaran je, lebih 300 usahawan atau peniaga online telah membeli software ni. Sebab memang mudah sangat nak buat website untuk jual produk cuma perlu drag n drop je dah siap.

Anda tak perlu dah pening-pening nak pikir pasal tak cukup bajet nak bayar upah designer, sewa domain dan hosting, tak perlu nak belajar coding-coding html apa tah lagi. Semuanya dimudahkan dengan software ni.

Tengok gambar di bawah ada Q&A kalau anda tak faham pasal software ni.



Ianya memang sesuai untuk anda yang baru atau dah lama berniaga. Tak kira apa bidang pun baik jual insuran, jual tunetalk, produk kesihatan, dan lain-lain lagi.

Sementara harga tengah promosi cepat-cepatla kita grabb sebelum harga dinaikkan.

Klik gambar di bawah untuk nak tau lagi apa yang best sangat tentang sofware ni. Moga software ni dapat membantu anda meningkatkan jualan produk disamping mengurangkan kos perniagaan kita.


Khamis, 30 Julai 2015

Assalamualaikum

"Melentur buluh biar dari rebungya." pepatah melayu yang biasa kita dengar iaitu jika ingin mendidik anak hendaklah dari sejak kecil lagi supaya anak menjadi insan berjaya seperti yang semua ibu bapa idamkan.

Alhamdulillah hari selasa yang lalu, saya baru saja selesai mengikuti kursus Komunikator Super mendapat coaching daripada Jurulatih Tuan Fauzul Na'im Ishak yang pakar dalam pembangunan potensi diri dan komunikasi manusia serta perundingan berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan DiSC.



Apa yang telah saya pelajari dan ingin saya kongsikan di sini adalah ilmu yang perlu kita tahu sebagai ibu bapa iaitu  fasa terbaik untuk mendidik anak dari seawal usia hingga ke peringkat dewasa.

Fasa 1 : Layan Anak Umpama Raja (0 hingga 6 tahun)

Pada peringkat awal sejak dari dalam kandungan seorang ibu, kita sebagai ibu bapa sudah boleh mendidik anak. Caranya seperti membaca al-quran, menutur kata yang baik, tidak bertengkar antara suami isteri.

Fasa ini juga dikenali sebagai "fasa mapping" dimana anak banyak menerima maklumat dan akan membentuk imej diri apabila meningkat usia.

Anda perlu melayan anak ibarat raja serta tunjukkan tingkahlaku yang baik. Seeloknya jika anda seorang perokok elakkan merokok dihadapan anak ia merupakan tabiat buruk dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak anda.

Fasa 2 : Layan Anak Umpama Tentera (7 hingga 14 tahun)

Fasa yang kedua ini juga boleh disebut sebagai "fasa moddeling". Fasa terpenting kerana anak sedang mencari contoh dan ikutan terbaik.

Jika anda ada anak diusia ini tanya anak anda siapa hero dalam diri mereka? Kalau jawapannya anda sebagai ayah bukanlah hero mereka pasti ada yang tidak kena. Jangan biar kartun seperti ultraman, boboiboy atau power rangers jadi hero dalam diri anak anda.

Di peringkat usia ini anda harus layan anak umpama tentera. Susun jadual untuk anak dan pastikan anak mematuhi waktu yang ditetapkan seperti waktu belajar, waktu mandi, makan dan bersolat. Sebagai orang Islam disunnahkan mengajar anak bersolat seawal umur 7 tahun.

Fasa 3 : Layan Anak Umpama Kawan (15 hingga 21 tahun)

Alhamdulillah anak sudah besar panjang. Pada peringkat ini anak dah mula pandai bersosial mempunyai kawan baik lelaki mahupun perempuan.

Jadikan anak sebagai kawan kita. Kenali juga kawan anak anda dan buat mereka selesa dengan anda. Bila hubungan antara anda, anak dan kawan anak menjadi rapat segala perkara dapat dikongsi dengan baik.

Akhir sekali bila anak sudah berkahwin sebagai ibu bapa kita tidak lepas tangan begitu saja. Pantau anak anda dan berikan nasihat dan pandangan pada waktu yang sesuai.

Apa yang terpenting di sini pendidikan agama perlu diterapkan sepenuhnya. InsyaAllah jika anak memiliki pendidikan agama yang cukup pasti anak anda menjadi anak yang taat kepada Allah, rasul dan taat kepada anda sebagai ibu bapa.

Aaminn Ya Rabb.

Ingat "anak ibarat kain putih" kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa menjadi cermin keperibadian dalam diri anak. InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Jumaat, 24 Julai 2015

Assalamualaikum

Penyebab utama seseorang menjadi pesakit mental adalah bermula dengan stress atau dalam bahasa melayunya adalah tekanan perasaan.

Saya kerap berjumpa dengan pesakit mental ini dan bertanya sendiri kepada mereka tentang bagaimana mereka mendapat penyakit tersebut. Ada yang mengakui stress dengan kerja, stress semasa belajar, stress dengan masalah keluarga dan sebagainya.

Stress ini boleh bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke orang tua. Jika masalah ini tidak dicegah dari awal akan mendatangkan mudarat dari segi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, insomnia dan lain-lain. Malah stress juga boleh mengancam nyawa dengan membunuh diri.



Dengan itu suka saya kongsikan perkara terbaik bagi mengelak stress untuk panduan kita bersama.

3 Cara Terbaik Elak Stress Supaya Tak Jadi Pesakit Mental dan Bunuh Diri

1. Hubungan dengan Pencipta
  • Sebagai orang Islam kita harus menjaga hubungan kita dengan Allah dengan mengerjakan solat, membaca al-Quran, zikir dan menghadiri majlis ilmu. Inilah kunci utama bagi menghindarkan stress agar hidup sentiasa tenang walaupun dilanda masalah kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
2. Melakukan Aktiviti Yang Digemari
  • Apabila anda dilanda masalah yang sukar diselesaikan jangan berfikir terlalu lama. Lakukan terus perkara yang anda gemari seperti bersukan, memancing, atau sebagainya bagi menenangkan perasaan anda walaupun seketika. Saya yakin selepas anda melakukan sesuatu yang anda gemari pasti anda kembali fokus dan menemui jalan penyelesaian dengan izin Allah jua. 
3. Berkomunikasi
  • Dapatkan seseorang untuk anda bertanya dan meluahkan masalah yang anda alami. Jangan pendamkan masalah anda jika tidak mampu diselesaikan. Jika anda malu untuk berkomunikasi secara lisan anda boleh menggunakan medium lain seperti menulis surat kepada pihak tertentu untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara kaedah lain untuk elak stress adalah dengan menjaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat seperti kekacang, sayuran hijau, atau makanan tambahan iaitu B Complex. Pastikan anda mengikut waktu yang betul.

Apa yang lebih utama bagi mengelak stress ketika anda menghadapi masalah adalah fokuskan diri kepada penyelesaian dan bukan fokuskan kepada masalah.

Jika anda ada cadangan lain bagi mengelakkan stress boleh nyatakan di ruangan komen ye. 

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024




Khamis, 23 Julai 2015

Assalamualaikum

Asyik-asyik nak marah je pantang silap sikit. Jalan jem marah, order makanan lambat sampai marah, isteri lambat turun marah dan macam lagilah. Pernah tak anda berhadapan dengan orang seperti itu? Atau mungkin anda sendiri memiliki sikap tersebut.

Bahaya betul sikap pemarah ni sampai arwah Tan Sri P. Ramlee pun boleh buat filem kisah 3 Abdul. Akibat daripada marah Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh kena jual oleh Sadiq Sigaraga si bapak mertua. :)

Sikap pemarah atau panas baran ini perlu di kawal dan dikurangkan jika tidak ia boleh merosakkan serta mengancam perhubungan anda baik dengan keluarga mahupun kawan-kawan. Di bawah ada cara untuk mengatasi masalah tersebut supaya hubungan sentiasa mesra disamping mengeratkan lagi sillaturrahim sesama kita.

10 Cara Kawal Sikap Pemarah:



1. Bersenam
  • aktiviti sukan atau bersenam sangat membantu untuk anda melupakan rasa marah yang membara berdasarkan pakar psikologi iaitu Dr. Sarah Endelmen.
2. Menulis surat
  • cuba tulis sepucuk surat kepada diri sendiri dan luahkan segala kemarahan serta kekecewaan anda dalam surat tersebut.
3. Sejukkan Kemarahan
  • sejukkan rasa marah atau bawa bertenang. Dalam agama Islam ada panduan untuk kita sejukkan rasa marah iaitu apabila sedang marah ketika berdiri maka kita duduk, jika duduk masih marah kita berbaring jika masih marah juga ambillah wuduk.
4. Jangan Mengamuk
  • jangan mengamuk atau lepaskan kemarahan dengan cara yang kurang elok. Orang kata cara ini yang terbaik. Namun sebenarnya ia adalah tindakan yang paling bodoh dan merosakkan kerana masalah masih tidak selesai, sebaliknya bertambah masalah yang ada.
5. Komunikasi
  • tarik nafas dalam-dalam dan fikir dengan baik apa yang ingin anda katakan. Beritahu orang yang anda marah tentang sebab dan kenapa anda marah. Kemudian anda dengar jawapan daripada orang tersebut. Mungkin cara ini lebih membantu.
6. Membaca Al-Quran dan Maknanya
  • InsyaAllah jika anda mengaji dan menghayati maknanya pasti ini cara yang terbaik kerana di dalam Quran ada perkara dan penyelesaian kepada masalah yang sedang anda hadapi. Secara tidak langsung ia dapat menambah pahala dan meningkatkan keimanan dalam diri.
7. Berdoa
  • sentiasalah memohon kepada Allah supaya sikap pemarah yang ada dapat dikikis agar tidak memudaratkan diri kita sendiri.
8. Bercuti
  • anda boleh memilih lokasi percutian yang dapat menenangkan jiwa sambil menghirup udara bersih untuk kesihatan yang lebih baik.
9. Berkongsi
  • cari seseorang yang anda percaya untuk berkongsi atau menyatakan masalah yang anda alami. Punca sebenarnya sikap pemarah adalah apabila anda mengalami sesuatu masalah anda hanya menyimpan dan memendam perasaan sendiri. Jika dikongsi insyaAllah sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dialami.
10. Muhasabah Diri
  • bila sendirian muhasabah diri dengan memikirkan kesan buruk akibat daripada sikap pemarah yang kita miliki jika tidak di kawal. Adakah sikap tersebut banyak mendatangkan faedah daripada keburukan? fikirkan sendiri ye!
Harus ingat Rasulullah saw juga ada bersabda "La Taghdob" maksudnya "Jangan Marah". 

Dan jika anda tahu siapakah orang yang paling kuat? Orang yang paling kuat itu antara kita adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.

InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Ahad, 5 Julai 2015

Assalamualaikum

Di corong radio kini telah mula diputarkan lagu-lagu raya. Dan sekarang ni kalau pergi pasaraya mana-mana pun pasti berkumandang lagu raya kan? Memang semangat nak shopping sambil dengar lagu raya ni. Lebih-lebih lagi lagu raya nyanyian Dato Siti Nurhaliza, sampai baju raya terbeli 5 pasang sekaligus dek kerana hanya dengar lagu raya Dato Siti je. Hehehe :)

Semangat katanye, Hari ni saja nak kongsi sikit pasal lagu raya yang anda suka tu. Rasanya pasti ada kisah di sebalik lagu raya tu kan? Hehehe saya agak je.


Antara 6 buah lagu raya popular yang menjadi pilihan pendengar adalah :
  • Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina. Biasa orang yang paling suka dengar lagu ni adalah anak-anak kita. Macam anak saya semangat betul dengar lagu ni al-maklumlah lagu ni berkisahkan seronoknya Hari Raya tang part yang paling suka sangat tu bila dia sebut "Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi". 
  • Balik Kampung lagu ni paling syok dengar masa dalam perjalanan balik ke kampung halaman.Memang lagu ni kena sangat dengan semangat kita untuk pulang ke kampung berhari raya.
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf :( lagu khas dari anak ditujukan buat ayah bonda sebab anaknya tak dapat pulang beraya bersama disebabkan mengikut giliran kena kerja tahun ni katanya..hehe ada juga yang tak dapat balik sebab cuti rehat dah takde yang paling tragiknya tiket bas nak balik ke kampung dah sold out.
  • Menjelang Hari Raya didendangkan oleh DJ Dave, wah antara lagu favourite yang seronok didengar pada malam raya sambil mak kita merebus ketupat dan memasak rendang untuk dimakan keesokan harinya.
  • Warna Warni Di Aidilfitri haha lagu nyanyian ramai oleh para artis. Lagu raya santai. Biasa kalau open house di opis setiap unit mesti hantar wakil untuk karaoke lagu raya. Dan lagu ni menjadi pilihan pertama dan terakhir untuk dinyanyikan ramai-ramai bersama rakan disebabkan semuanya malu-malu nak nyanyi secara solo.
  • Seloka Hari Raya memang tak sah kalau tak dengar lagu ni, betul tak? Lagu ni anda boleh nyanyikan bersama pasangan anda. Lebih syok lagi pasangan suami isteri.
Ok cukuplah setakat 6 lagu ni, kalau ada yang nak tambah boleh kongsikan diruangan komen ye.Nak cari lirik lagu raya boleh cari di sini www.liriklagumuzika.com 


Semoga raya tahun ni dapat kita menyambungkan semula sillaturrahim yang sekian lama terpisah. Pesanan saya, berhati-hati ketika memandu di jalan raya, jika mengantuk singgahlah di RnR untuk berehat seketika.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Sabtu, 4 Julai 2015

Assalamualaikum

Adakah hubungan anda masih hangat seperti baru bercinta? Terutama bagi mereka yang dah lama berkahwin mungkin anda mengalami sedikit masalah. Rumah tangga mana yang tak diuji betuk tak? Yang penting anda sentiasa berfikiran positif dan bijak menyelesaikan masalah perkahwinan yang dihadapi.


Jika hubungan suami isteri cinta dan kasih sayangnya masih seperti dulu, Alhamdulillah. Tapi jika bermasalah mungkin anda boleh periksa bab makan. Kata ustaz makan banyak menjadi punca hati keras. Oleh itu jangan kita makan terlalu banyak ia boleh membuatkan hati kita menjadi keras.

Mungkin anda patut cuba mengamalkan beberapa  makanan seksi lagi sihat ini untuk hangatkan semula hubungan suami isteri.

1. Asparagus

2. Bawang putih
3. Tiram
4. Halia
5.  Avocado
6. Coklat
7. Strawberry

Makanan yang "seksi' ini mampu menghasilkan kesan sampingan terbaik dalam meningkatkan semula kehangatan asmara untuk kembali hangat bercinta bagi pasangan suami isteri. Jangan lupa mendapatkan makanan ini dan tambah dalam senarai menu harian anda tau :)

Selain itu, amalan mandi bersama pasangan sangat romantik yang perlu anda lakukan. Ia merupakan amalan sunnah yang terbaik, insyaAllah dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.

InsyaAllah semoga kita semua bahagia bersama pasangan sehingga ke Jannah. Aaminn.


AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Assalamualaikum

Bila cerita pasal stroke ni AyahAmmar teringat kat arwah mak dan abah. Dua-dua meninggal sebab stroke atau juga dikenali dengan Angin Ahmar.

Penyakit ni memang bahaya sebab dia datang tiba-tiba je. Macam arwah mak saya dulu. Saya perasan mula-mula tu mak rasa takde selera nak makan. Lepas sehari dua waktu malam masa saya tengah keje abang saya kol bagitahu " Daud, mak kena stroke sekarang ada kat emergency hkl!".

Saya terus pi hospital tengok mak. Masa tu mak lumpuh satu badan dan mak tak boleh bercakap seolah-olah macam orang bisu. Tak sampai sebulan akhirnya mak meninggal dunia. Al-Fatehah untuk mak dah 14 tahun mak takde.

InsyaAllah sebenarnya kalau kita jaga makan dan kesihatan stroke boleh dihalang. Punca stroke disebabkan oleh tekanan darah tinggi akibat dari makanan yang tinggi kolesterol. Selain tu merokok, diabetes dan stress juga boleh menyebabkan stroke.

Kalau rasa susah nak kawal makan yang berlemak dan banyak minyak tapi takut bila kolesterol naik AyahAmmar syorkan makan Omega Guard dengan Lecithin. InsyaAllah memang ok untuk turunkan kolesterol.

Tapi kalau serangan stroke datang tiba-tiba, anda kena segera berjumpa dengan doktor.

Ada sorang kawan ni, mak mertua dia kena mild stroke terkejut mak dia dah boleh bangun katil sendiri lepas 3 hari minum sirap.

Sirap tu sebenarnya adalah Vivix Shaklee yang diciptakan dari 4 bahan terunggul semulajadi ciptaan Allah, terdiri dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan juga polygonum cuspidatum.

Vivix ni antara supplemen terbaik Shaklee. Pengguna yang telah mencuba menggelarnya "Sirap Ajaib"  Ye betul ajaib semuanya dengan izin Allah juga.

Minuman Vivix Shaklee Bantu Meningkatkan Semula Kesihatan Pesakit Stroke atau Angin Ahmar.








Alhamdulilah..Arini ma kesayangan dah boleh jalan sendiri. Baru 7 hari mengambil Vivix dari Shaklee.

Pada 9hb Oct 2012 ma diserang stroke, seluruh anggota badan sebelah kiri kaku tak boleh gerak. Sedih teramat sangat n tak tahu apa nak buat kesian ma. Tq jiha kerna memperkenalkan Vivix kepada saya...

Hari pertama minum sesudu Vivix jari tangan ma dah boleh gerak n arini ma dah boleh bangun n berjalan sendiri. Ya Allah syukur kehadratmu.

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah Vivix sangat berkesan untuk stroke dan juga untuk penyakit yang lain seperti gout, darah tinggi, sakit jantung. diabetes dan lain-lain lagi.

Jom tengok perkongsian dari rakan-rakan yang juga telah mencuba Vivix dan seterusnya jatuh cinta dengannya.

#Testimoni 1 : Darah Tinggi


#Testimoni 2 : Diabetes

#Testimoni 3 : Sakit Jantung

#Testimoni 4 : Gout




Sebotol Vivix tu boleh tahan selama 2 bulan setengah kalau dimakan setiap hari. Ia berharga RM475 (150ml). Namun jika anda mendaftar sebagai Ahli, anda akan mendapat penjimatan yang berganda!


  • KEAHLIAN PERCUMA seumur hidup 
  • PERCUMA VITALEA (multivitamin) yang bernilai RM88.75
  • Yes Pack! menjadikan harga Vivix lebih murah
  • PROMOSI BUY 6 FREE 1 pada Julai 2015 dengan harga yang TAK MASUK DEK AKAL
  • CASH BACK pada bulan depan
  • POSTAGE PERCUMA!!!
Sangat berbaloi jika anda juga ingin orang yang anda sayang mendapat tahap kesihatan yang lebih baik dan sihat seperti sediakala insyaAllah.

Sekiranya anda ingin mencuba jangan lengah lagi inilah masa yang terbaik untuk hubungi AyahAmmar  011-36244806 atau wassap 012-9760024. AyahAmmar akan bimbing dengan cara makan yang tepat moga tahap kesihatan dan kecergasan anda dapat dipulihkan semula, dengan izin Allah.

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024